Dublin Core
Title
Analisis sistem sapaan dalam kad undangan perkahwinan Melayu
Analysis of address system in Malay wedding invitation cards
Description
Kajian ini meneliti penggunaan sistem sapaan dalam kad undangan perkahwinan masyarakat Melayu. Sistem sapaan dalam masyarakat Melayu amat unik kerana terdapat pelbagai sistem gelaran dan panggilan berdasarkan status sosial seseorang individu tersebut. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk membuktikan bahawa sistem sapaan yang diamalkan merupakan satu bentuk kesantunan berbahasa kerana melambangkan taraf dan status sosial seseorang. Data dianalisis menggunakan Teori Ervin-Tripp (1972). Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif dengan teknik kajian analisis kata sapaan dalam kad undangan perkahwinan Melayu. Berdasarkan analisis kajian pustaka yang dijalankan, faktor yang mempengaruhi sistem sapaan dan panggilan dalam masyarakat Melayu adalah berdasarkan status sosioekonomi seseorang, iaitu umur, jantina, pangkat dan pendidikan individu. Sistem sapaan dan panggilan dalam masyarakat Melayu mempunyai fungsi yang tersendiri, iaitu untuk menunjukkan rasa hormat dan memuliakan seseorang, mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan. Selain itu, sistem sapaan bertujuan mendidik generasi muda kini dan generasi akan datang untuk menghormati orang yang lebih tua. Kajian sistem sapaan ini penting dan memberi manfaat kepada masyarakat Melayu kerana dengan menerapkan nilai-nilai kesantunan dalam berkomunikasi, masyarakat Melayu lebih dipandang tinggi dan dihormati.
Creator
Nurul Ain Alizuddin
Nik Nur Athirah Nik Mohd Arif
Source
Nurul Ain Alizuddin & Nik Nur Athirah Nik Mohd Arif. (2020). Analisis sistem sapaan dalam kad undangan perkahwinan Melayu: Analysis of address system in Malay wedding invitation cards. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 31(2), pp. 175-194. https://doi.org/10.51200/manu.v31i2.2696
Publisher
Universiti Malaysia Sabah
Date
2020
Contributor
namf
Type
Article Journal