Buku ini memuatkan amalan, ungkapan atau kata-kata indah seperti pantun dan teromba dalam majlis perkahwinan seperti yang diamalkan di Melaka, Negeri Sembilan, Sumatera Utara (Medan) dan Pekan Baru, Riau.
Buku ini Mengandungi tiga bahagian yang boleh dijadikan panduan asas kepada masyarakat yang ingin mengenali adat Melayu serumpun, khususnya adat Melayu yang diamalkan di Melaka.
"Perarakan turut diserikan dengan paluan kompang dan sebaik pengantin turun dari tandu, kumpulan pencak silat mempersembahkan silat mereka sambil diiringi paluan gendang."